MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN MAKAN 1 KOLEJ TERATAI
Aktiviti menggulung poster ini dijalankan bagi proses penyediaan untuk program-program yang akan datang seperti program pengedaran poster di luar kampus dan juga semasa pameran. Seramai 43 orang ahli kelab datang dan berkumpul beramai-ramai bersama-sama menggulung poster yang disediakan oleh agensi anti dadah kebangsaan.
Poster-poster berkenaan banyak memberi simbolik kepada pembaca yang menggalakkan mereka memahami isi kandungan gambar yang tertera pada poster berkenaan. Banyak maklumat yang mendalam maksudnya dapat diterjemahkan melalui poster-poster berkenaan. Sebanyak 8 jenis poster disediakan yang masing-masing menggambarkan perihal sendiri dalam usaha mencegah dadah dan kesannya kepada individu, masyarakat dan juga negara.
Sebanyak 2500 poster digulung oleh para ahli yang majoritinya ceria dan gembira dengan aktiviti ini selain diedarkan sedikit gula-gula kepada mereka. Selepas aktiviti selesai, perjumpaan diteruskan dengan sedikit penerangan tentang aktiviti yang bakal dijalankan oleh presiden kelab PEMADAM.
Rata-rata ahli kelab menunjukkan komitmen yang tinggi dan bersemangat dalam setiap aktiviti yang hendak dijalankan. Secara tidak langsung menunjukkan ahli-ahli kelab ini bukan sahaja aktif dalam akademik tetapi dapat memberi satu kerjasama yang sebaiknya kepada kelab. Pendekatan ini diambil secara positif dalam usaha menjalankan segala aktivit yang dirancang oleh ahlijawatankuasa kelab PEMADAM. Perjumpaan ini ditamatkan sekitar jam 10.00 malam bagi memudahkan ahli-ahli pulang ke kolej lebih awal.

No comments:
Post a Comment