MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN MAKAN 1 KOLEJ TERATAI
Perjumpaan ini adalah julung kalinya diadakan bagi sesi semester 2006 ini. Semua ahli kelab PEMADAM diwajibkan hadir dan terbuka juga kepada pelajar-pelajar yang ingin mendaftar sebagai ahli kelab. Secara kasarnya perjumpaan ini mencapai sasaran dimana seramai 120 orang pelajar dating yang terdiri daripada ahli lama dan juga yang ingin mendaftar.
Objektif perjumpaan ini diterangkan sendiri oleh preseiden kelab, sharafuddin shuib. Presiden kelab juga menyatakan penglibatan pelajar-pelajar dalam aktiviti kelab ini adalah satu pengalaman yang tidak dapat dicari di dalam kuliah. Penerangan khusus tentang kegiatan pelajar disampaikan dengan penyampaian peranan sebagai pelajar dan juga beraktiviti sebegini dalam kelab.
Majlis diteruskan dengan penerangan aktiviti-aktiviti kelab yang bakal dilaksanakan sepanjang semester termasuk juga perancangan bagi semester berikutnya.
Perjumpaan ini juga diselitkan dengan pembukaan untuk ahli kelab yang ingin menjadi jawatankuasa pameran tetap, jawatankuasa pelaksana program dan juga penyertaan bagi lawatan, seminar dan aktiviti yang dirancang oleh kelab.
Perjumpaan ini ditamatkan pada jam 10 malam memandangkan ramai ahli menyatakan pelbagai alasan kerana banyak tugasan yang perlu dibuat. Ahlijawatankuasa memandang positif dengan menamatkan perjumpaan ini secepat mungkin.

No comments:
Post a Comment