Monday, April 19, 2010

LAPORAN AKTIVITI PERJUMPAAN RASMI II

TARIKH : 14 FEBRUARI 2007
MASA : 8.30 MALAM
TEMPAT : DEWAN MAKAN 1 KOLEJ TERATAI


Satu perjumpaan rasmi telah diadakan pada 14 Februari bertempat di dewan makan 1 kolej teratai adalah perjumpaan kedua kelab PEMADAM bagi sesi semester ini. Pengisian aktiviti ini adalah ceramah pencegahan dadah dan penerangan aktiviti kelab yang bakal dilaksanakan. Selain itu, perjumpaan ini juga diadakan sebagai salah satu aktiviti kelab memandangkan ramai pelajar baru mendaftar kelab ini. Sebagai langkah pertama, perjumpaan ini telah diatur supaya pelajar-pelajar dapat mengikuti setiap aktiviti yang dirancangan oleh kelab.

Perjumpaan ini juga menjemput Setiausaha Kehormat PEMADAM Negeri Selangor,En. Hashim Anang bagi menyampaikan ceramah berkenaan dadah. Beliau turut menyediakan persembahan multimedia yang memaparkan pelbagai jenis dadah yang boleh merosakkan pelajar. Selain itu, proses sebatan turut dimuatkan di dalam persembahan yang mana telah menjadi tarikan kepada pelajar-pelajar yang hadir. Encik Hashim turut menerangkan hak berkaitan langkah-langkah pencegahan dadah di kalangan pelajar. Sebagai salah seorang ahli korporat iaitu seorang pengurus hubungan awam di Karangkraf beliau turut menceritakan berkenaan hal-hal syarikat berkenaan sebagai tarikan kepada pelajar uitm.

Turut disediakan kaunter jualan yang menjual pelbagai barang cenderahati sebagai satu kaedah menjana kewangan kelab. Sebagai satu tarikan kepada ahli-ahli kelab, kupon aktiviti disediakan kepada pelajar-pelajar yang tinggal di kolej kampus uitm.

Perjumpaan ini tamat pada jam 10.30 malam dan disediakan sedikit jamuan ringan kepada penceramah. Encik Hashim juga telah memberikan sedikit penerangan kepada ahlijawantankuasa kelab PEMADAM berkenaan aktiviti-aktiviti PEMADAM negeri dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment