MASA : 8 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT : HOTEL CARLTON SHAH ALAM
Bengkel perkongsian pengalaman ini merupakan satu program yang dianjurkan oleh PEMADAM SELANGOR dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor , PENDAMAI serta KPPMS. Kelab PEMADAM UiTM telah dijemput untuk turut serta dalam program yang dijalankan selama 2 hari ini bertindak sebagai pemerhati. Ini merupakan aktiviti pertama kelab kami yang diadakan bagi penggal baru ini.
Bengkel ini bermula pada 13 Januari, diserta seramai 45 orang peserta yang terdiri dari 3 orang wanita dan datang dari setiap negeri yang berbeza di seluruh Malaysia. Mereka merupakan bekas-bekas penagih dan kini mereka merupakan antara individu-individu yang berjaya dalam lapangan masing-masing.
Acara dimulai dengan sedikit taklimat oleh Setiausaha Kehormat PEMADAM Selangor, En. Hashim Anang pada jam 3 petang. Antara intipati yang dapat dipetik dari ucapan beliau ialah, beliau menyangkal tindakan segelintir pihak yang tidak mahu memberi ruang kepada bekas-bekas penagih ini untuk hidup selesa walaupun di tempat-tempat suci seperti masjid. Akibat dari perbuatan seperti inilah dikhuatiri akan menjadi penyebab mereka untuk kembali kepada kehidupan lama mereka.
Acara kemudian diteruskan dengan sesi KENALI DIRI yang diterajui oleh Presiden PENDAMAI, En. Mohd Heffney Abd Rahman. En. Heffney menyarankan agar konsep pameran anti dadah ditukar dengan memaparkan wajah-wajah bekas penagih ini yang telah berjaya dalam kehidupan agar masyarakat tidak lagi memandang hina pada golongan ini dan menerima mereka seperti manusia lain.
Acara disambung ke sebelah malam unutk Majlis Perasmian namun kami tidak dapat menghadirkan diri kerana beberapa faktor tertentu yang tidak dapat dielakkan.
Keesokkan harinya, 14 Januari, bengkel berlangsung seawal jam 6 pagi. Para peserta dikehendaki sembahyang subuh secara berjemaah dan diteruskan dengan tazkirah yang dikendalikan oleh YB Ustaz Aluwi Parman, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor.
Jam 9 pagi, para peserta kembali mengambil tempat di dewan seminar dan dikehendaki mengisi borang soal selidik tentang butir-butir peribadi dan pandangan mereka. Sementara para peserta melengkapkan borang tersebut, Prof. Naza yang merupakan seorang ahli psikologi dan juga bekas pensyarah di jemput untuk memberi sedikit taklimat.
Bersama Prof. Naza, para peserta diberi peluang unutk menyatakan pandangan juga kemusykilan. Bengkel diteruskan dengan sesi “Brainstorming” yang dikendalikan oleh En. Rahman, Timbalan Presiden PENDAMAI Selangor.
Bengkel diakhiri dengan Majlis Penutup yang disempurnakan oleh Setiausaha Agong PEMADAM Kebangsaan, YB Dato’ Hajah Kamilia Hj Ibrahim. Sebelum bersurai, YB menyampaikan sijil kepada para peserta.
Secara keseluruhan, penglibatan kami dalam program ini banyak memberi pendedahan dan buah fikiran kepada kami tentang modul-modul yang bersesuaian untuk dijadikan bahan rujukan. Selain itu, ia turut membantu kami untuk lebih mengenali “orang-orang kuat” PEMADAM negeri yang boleh kami jadikan panduan dalam merencanakan aktiviti pada penggal ini.

No comments:
Post a Comment