TARIKH : 9 SEPTEMBER 2007
MASA : 9.00 PAGI – 6.00 PETANG
TEMPAT : KOLEJ SEROJA
Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Kolej Seroja telah menjemput Kelab PEMADAM UiTM untuk mengadakan pameran antidadah bersempena aktiviti yang dijalankan di kolej berkenaan. Oleh itu, Kelab PEMADAM telah menghantar 9 orang wakil bagi mengambil giliran memantau pergerakan pameran tersebut.
Pada sesi pertama iaitu dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari, satu ceramah bertajuk ‘Wanita & Keselamatan’ diadakan di perkarangan kolej Seroja dan pada sebelah petang satu lagi ceramah kewanitaan yang bertajuk ‘Rahsia Wanita’ mengambil tempat. Objektif penyertaan Kelab PEMADAM sepanjang acara ini adalah bagi memberi maklumat dan pendedahan kepada warga Kolej Seroja tentang bahaya dan kesan dadah di dalam sistem kehidupan manusia. Di samping itu, ia juga membuka peluang penyertaan keahlian kepada warga Seroja.
Ramai di kalangan pelajar yang menunjukkan keprihatinan terhadap kesan dadah berdasarkan ketekunan mereka membaca risalah-risalah dan poster-poster yang ditampal sebagai bahan pameran. Sepanjang acara berlangsung, seramai 20 orang pelajar telah mendaftarkan diri sebagai ahli Kelab PEMADAM dan ada antara mereka yang menunjukkan minat terhadap aktivit-aktivit yang telah dan bakal dianjurkan kelak.
Pameran berakhir pada jam 6.00 petang. Secara keseluruhannya, aktiviti ini berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepa asemua yang terlibat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment