TARIKH : 11 OGOS 2007
MASA : 9 PAGI HINGGA 5 PETANG
TEMPAT : DEWAN KOLEJ MELATI
Sempena Fiesta Melati atau FISMA, Kelab PEMADAM sekali lagi dijemput bagi memeriahkan program yang dianjurkan oleh jawatankuasa perwakilan kolej melati sesi 2007. Kelab PEMADAM dijemput bagi memenuhi calendar program dengan menjalankan pameran kesedaran dan pencegahan dadah di kalangan pelajar khususnya pelajar siswi kolej melati.
Pameran yang turut disertai oleh Pusat Kesihatan turut menjalankan aktiviti menderma darah yang telah menjadi kebiasaan bagi apa jua aktiviti dijalankan. Disamping itu, pasukan beruniform bomba turut tidak melepaskan peluang menyertai pameran ini dan juga mengadakan demonstrasi aktiviti mereka.
Kelab PEMADAM menghantar 7 orang untuk menjalankan pameran tersebut yang diaturkan secara bergilir-gilir tugasan menjaga booth pameran. Bermula jam 8 pagi bahan-bahan pameran mula dipasang pada papan pameran yang disediakan.. Ramai pelajar tertarik dengan bahan-bahan pameran yang mengandungi pelbagai bahan yang menunjukkan bahayanya dadah dan kesannya. Turut disediakan sedikit jualan iaitu bendera Malaysia bagi menjana kewangan kelab.
Pameran yang dijalankan ini telah berjaya menarik pelajar-pelajar untuk menyertai keahlian kelab agar membolehkan mereka menyertai akvtiviti kelab yang dijalankan memandangkan gambar-gambar aktiviti kelab yang telah dijalankan dipamerkan berjaya menarik perhatian mereka untuk mendaftar keahlian. Seramai 31 orang ahli baru telah mengisi borang keahlian dan membayar yuran keahlian yang dikenakan sebanyak RM2.
Turut masih berlangsung ialah kuiz perdana kelab PEMADAM. Ramai pelajar-pelajar berminat untuk menyertai kuiz yang dijalankan memandangkan tarikh tutupnya masih lambat. Pameran kali ini ditamatkan sekitar jam 5 petang oleh para petugas ahli kelab.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment