Monday, April 19, 2010

LAPORAN PAMERAN PERSATUAN DI KOMPLEKS SUKAN UITM

TARIKH : 21 & 22 JULAI 2007
MASA : 8.30 AM – 4.30 PM
TEMPAT : KOMPLEKS SUKAN UITM, SHAH ALAM

Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM telah menganjurkan Pameran Persatuan di Kompleks Sukan UiTM. Kelab Pemadam turut mengambil bahagian dalam acara tersebut yang berlangsung selama 2 hari. Pameran tersebut diadakan bagi memperkenalkan persatuan-persatuan dan kelab-kelab UiTM kepada pelajar-pelajar baru yang turut berada di sana kerana urusan PTPTN.

Dianggarkan sebanyak 12 persatuan dan kelab turut serta dalam pameran itu. Dalam pameran ini, Kelab PEMADAM telah mempamerkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 2 tahun kelab ini ditubuhkan. Sedikit penerangan juga diberikan kepada pelajar berminat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang Kelab PEMADAM dan aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan.

Seperti dalam Perjumpaan Rasmi kelab PEMADAM yang Ke-3, pada pameran ini juga kami telah membuka keahlian baik kepada pelajar baru mahupun pelajar lama. Kesempatan ini juga kami ambil untuk mengagihkan Kuiz Perdana Kelab PEMADAM kepada AJK-AJK kelab lain dan juga kepada staf-staf yang datang berkunjung. Terdapat juga mereka yang datang mencari jawapan untuk kuiz yang diedarkan pada papan maklumat yang dipamerkan di tapak pameran kami.

Inilah sebenarnya objektif kami menganjurkan kuiz tersebut, iaitu agar pelajar dan warga UiTM membuka mata dan mengambil tahu tentang bahaya dadah. Sedikit sebanyak ia diharap dapat membantu mereka untuk melindungi sahabat serta keluarga mereka dari najis dadah. Pameran yang berlangsung selama dua hari ini berakhir pada petang Ahad.

No comments:

Post a Comment