TARIKH : 9 FEBRUARI 2007
MASA : 9 PAGI HINGGA 3 PETANG
TEMPAT : DATARAN BANGUNAN SAINS & TEKNOLOGI
Kelab PEMADAM Uitm telah dijemput untuk mengadakan pameran anti dadah bersempena program E-fest yang dianjurkan oleh salah satu persatuan dalaman fakulti kejuruteraan elektrik. Pameran ini dijalankan pada jam 9 pagi dengan para petugas ahli kelab PEMADAM menyediakan bahan pameran seawal jam 8 pagi.
Penerangan diberikan oleh pihak pengajur tentang kedatangan para pelajar sekolah ke program tersebut. Disebabkan masalah yang tidak diketahui, kedatangan lejar-pelajar sekolah dibatalkan. Pengujung-pengunjung adalah terdiri daripada pelajar-pelajat fakulti kejuruteraan. Boot pameran kelab PEMADAM turut dikunjungi dan pendaftaran turut dibuka bagi sesiapa yang berminat. Seramai 27 orang pelajar mendaftar sebagai ahli kelab sempena program yang dianjurkan ini.
Turut menyertai pameran ialah kelab robotik kejuruteraan elektrik ELETA ,IEEE.
Kesemua kelab menyediakan pelbagai bahan pameran berserta dengan barang-barang ciptaan masing-masing. Kelab PEMADAM seperti biasa mengedarkan poster kepada kesemua pengunjung yang hadir ke boot kelab. Buku pelawat kelab PEMADAM disediakan bagi membuktikan kedatangan mereka ke boot kelab ini dan juga sebagai sumbangan perhargaan kepada para pelajar yang hadir.
Pameran ini ditamatkan pada jam 3.00 petang memandangkan tiada lagi pengunjung yang hadir dan menepati sasaran pihak penganjur. Presiden kelab mengucapkan ucapan terima kasih kepada petugas-petugas pameran.
Monday, April 19, 2010
LAPORAN PAMERAN SEMPENA PROGRAM E-FESTIVAL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment